Kehidupan peribadi Arni_Nazira_Anuar

Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie pada 10 Disember 1998 di Teluk Baru, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang lahir pada tahun 2000 dan 2002.[1]

Perkahwinan tersebut berakhir pada 16 Oktober 2006 apabila Awie mengaku berkahwin dengan Rozana Misbun, adik kepada Haliza Misbun di Thailand pada tahun 2005.[2]

Arni bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009 dengan rakan sekolahnya dan kini bahagia bersama tiga cahaya mata.[3]